Korang suka drama sukan tak? Ada satu naskhah Korea baru untuk korang tau di KBS!
Sinopsis
“Mental Coach Jegal” membawa kisah seorang atlet taekwando yang dibuang kerana satu insiden, dan kembali sebagai jurulatih mental buat pasukan kebangsaan bagi melawan dunia, di mana hanya yang pertama akan dapat segalanya.
Sukan pembuka cerita
[Amaran SPOILER]
Jegal Gil (Jung Woo) yang merupakan penasihat sukan sering memberikan semangat buat atlet yang hampir mengalah dengan minat mereka. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan Ga-eul (Lee Yoo-mi) telah membuka semula luka lama yang dipendam apabila terpaksa melupakan impian dengan Taekwon-do dek kejahatan seniornya pada ketika itu.
Dengan itu, Jaegal Gil mula mengumpulkan beberapa atlet yang mengalah dan ingin mengembalikan semula semangat mereka.
Rating biasa
Untuk episod awal ini, drama “Mental Coach Jegal” hanya mampu mencapai rating 1.5% sahaja namun ianya menaik ke 2.4% ketika episod keduanya.
Dalam pada itu, rata-rata penonton memuji lakonan utamanya Jung Woo dan Lee Yoo-mi selain plotnya yang berat namun tetap menyelitkan babak kelakar bagi menghiburkan semua.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.