Meskipun masih lagi hidup diselebungi pandemik COVID-19, namun seorang pengarah popular iaitu Kim Ji-woon telah menggunakan peluang ini untuk merakamkan satu filem pendek mengenainya dan bakal dibintangi oleh dua pelakon hebat.
Penggambaran bakal dilakukan pada penghujung bulan ini bagi menangkap situasi sebenar rakyat Korea yang terpaksa mengharungi perubahan gaya hidup dek COVID-19. “Untact” membawa kisah pasangan lelaki dan wanita yang terpisah kerana keadaan yang tidak dijangka ini.
Lagi best sebab filem ini akan dilakonkan oleh Kim Joo-hun yang mula meningkat naik selepas berlakon “Dr. Romantic 2” dan “It’s Okay To Not Be Okay”. Lelaki itu akan membawa watak lelaki utama yang perlu melalui kuarantin selama 14 hari selepas pulang daripada belajar di luar negara.
Bukan itu sahaja, Kim Go-eun turut disahkan akan membawa watak wanita utama yang merindui kekasihnya itu namun terpaksa berkomunikasi tanpa bersemuka meskipun sudah lama tidak berjumpa dek perhubungan jarak jauh.
Jelas pihak produksi,
Disebabkan ia adalah filem pendek, tempoh tayangannya tidak panjang. Tetapi ia bakal menonjolkan kisah yang intensif di antara wanita dan lelaki yang tidak dapat berjumpa kerana situasi COVID-19 ini.
Siapa sangka kita akan dapat lihat Kim Go-eun dan Kim Joo-hun bergabung tenaga dalam sebuah filem pendek? Tak sabarnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.