Ikuti Kami:

Kisah Isteri Didera Suami, Episod Awal ‘Lies Hidden In My Garden’ Raih Rating 1%

Kisah Isteri Didera Suami, Episod Awal ‘Lies Hidden In My Garden’ Raih Rating 1%

Akhirnya penonton K-Drama dapat melihat Kim Tae-hee kembali beraksi di kaca televisyen kini!

“Lies Hidden In My Garden” mengikuti kisah ngeri keluarga yang mematahkan ilusi ‘rumah bahagia dengan taman’. Ianya melibatkan syak wasangka dan kebangkitan seorang suri rumah yang menikmati kebahagiaan di rumah sempurna namun, dicemburui orang lain.

[Amaran SPOILER]

Kisah bermula apabila Joo-ran (Kim Tae-hee) menemui dua jari terkeluar dari tanah di belakang rumahnya, namun perasaan sangsinya itu hanya dipandang sebelah mata oleh suaminya Jae-ho (Kim Sung-oh). Bahkan lelaki itu mengatakan bahawa itu hanyalah sarung tangan yang mungkin tersilap letak oleh pekerja pembersihan sebelum itu.

ena lies hidden in my garden

Walau bagaimanapun, Joo-ran semakin tak tentu arah apabila rakan suaminya iaitu Yoon-beom (Choi Jae-rim) ditemui mati dan sepertinya Jae-ho turut terlibat dengan kes itu.

Dalam episod awal ini, penonton diperkenalkan dengan watak tiga wanita di mana mereka sepertinya mengalami penderaan fizikal dan mental oleh suami masing-masing. Joo-ran yang mengalami masalah mental dan ‘dikepung’ suami selepas kematian adiknya, Sang-eun yang didera Yoon-beom semasa hayatnya dan Hae-soo (Jung Woon-sun) yang baru dilepaskan dari penjara dek tuduhan membunuh suaminya.

ena lies hidden in my garden

Untuk episod awal ini, “Lies Hidden In My Garden” mencatatkan rating biasa sebanyak 1.2% bagi dua episod awalnya.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...