Ikuti Kami:

Kisah Isteri Baik Dicurangi, Episod Pertama ‘The Empire’ Raih Rating Biasa

Kisah Isteri Baik Dicurangi, Episod Pertama ‘The Empire’ Raih Rating Biasa

Anda pasti tak mahu terlepas menonton drama terbaru lakonan Kim Sun-ah dan Ahn Jae-wook!

Sinopsis

“The Empire” membawa kisah kehidupan peribadi dan rahsia gelap ‘keluarga bangsawan’ bercita-cita tinggi yang menguasai bulatan perundangan berpengaruh di Korea.

Perkahwinan dengan cela

[Amaran SPOILER]

Dari awal lagi, Na Geun-woo (Ahn Jae-wook) didedahkan mempunyai hubungan sulit dengan pelajarnya, Hong Na-hee (Joo Se-bin) meskipun memiliki isteri yang penyayang. Walau bagaimanapun, hari tak selalunya indah apabila Han Hye-ryul (Kim Sun-ah) sepertinya mempelajari mengenai kecurangan tersebut dan memulakan sesi balas dendamnya.

jtbc the empire

Pun begitu, Hong Na-hee juga nampaknya tidak akan berganjak dari posisinya dan bakal menjadi ancaman buat Na Geun-woo dan Han Hye-ryul.

Rating biasa

Untuk episod awal ini, “The Empire” hanya mampu meraih rating sebanyak 2.4% sebelum menaik ke 3% ketika tayangan episod keduanya. Pun begitu, rata-rata penonton memuji ketegangan episod awal ini hingga membuatkan ramai tak senang duduk.

jtbc the empire

Korang dah layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...