Kim Seon-ho ternyata sibuk betul dengan karier seninya kini, tawaran berlakon datang kiri dan kanan!
Terbaru, lelaki itu dikhabarkan bakal menyertai Youn Yuh-jung dan Kim Yun-jin untuk filem bertajuk “Dog Days”, diarahkan oleh Kim Deok-min dan dihasilkan oleh JK Film. Ia merupakan naskhah omnibus mengenai kisah beberapa individu yang membesar dengan haiwan peliharaan mereka.
Khabarnya Youn Yuh-jung dan Kim Yun-jin menyertai produksi itu kerana meletakkan kepercayaan kepada JK Film selain hubungan yang baik dengan pengarah Kim manakala Kim Seon-ho pula menerima kerana dia menghormati kedua-dua pelakon senior tersebut.Mengikut laporan, Kim Seon-ho akan memulakan penggabaran filem “Sad Tropics” pada November selepas “Hometown Cha Cha Cha” tamat dan kemudian disambung dengan “Dog Days” pada Januari diikuti oleh filem “2 O’Clock Date” pada Mac nanti.
Sibuk betul Kim Seon-ho kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.