Ikuti Kami:

Kisah Halau Roh Jahat Di Hartanah, Jung Yonghwa & Jang Nara Sah Bintangi ‘Daebak Real Estate’

Kisah Halau Roh Jahat Di Hartanah, Jung Yonghwa & Jang Nara Sah Bintangi ‘Daebak Real Estate’

Akhirnya Jung Yong-hwa (CNBLUE) dan Jang Na-ra dah disahkan bakal bergandingan dalan sebuah drama KBS baru.

“Daebak Real Estate” membawa kisah ejen hartanah yang menghalau hantu dan roh jahat daripada hartanah yang mempunyai sejarah kes kematian.

Jang Na-ra akan berlakon sebagai Hong Ji-ah, bos besar di ‘Daebak Real Estate’ dan juga merupakan penghalau hantu. Dengan kecantikan dan kebijaksanaan dimilikinya, dia kelihatan sempurna di luar namun merupakan seorang yang panas baran dan mewarisi kebolehan menghalau hantu daripada ibunya.

jung yonghwa dan jang nara

Jung Yong-hwa pula akan melakonkan watak sebagai Oh In-bum, seorang penipu yang berlakon sebagai penghalau hantu dan mengambil kesempatan dan membuat duit daripada sesiapa yang mempercayai perkara mengarut itu. Dia merupakan watak yang cepat berfikir dengan kemahiran memerhati dan logikal yang tinggi, menjadikan dia seorang penipu yang ‘perfect’.

Daripada sumber drama itu, “Daebak Real Estate” ialah sebuah drama unik mengenai kisah menghalau hantu selain menceritakan kisah ketamakan dan konfik yang berbangkit apabila orang berebut hartanah. Katanya lagi, drama kemanusiaan ini pastinya akan membuatkan anda melepaskan stres dan kesesakan sepanjang tahun lepas.

Okay tak gandingan mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...