Ikuti Kami:

Kisah ‘Hakim Syaitan’, Jisung, Kim Minjung, Jinyoung & Park Gyuyoung Sah Terajui Drama ‘Devil Judge’

Kisah ‘Hakim Syaitan’, Jisung, Kim Minjung, Jinyoung & Park Gyuyoung Sah Terajui Drama ‘Devil Judge’

Hampir beberapa bulan senyap tanpa khabar berita, akhirnya drama “Devil Judge” mengesahkan barisan pelakon utamanya.

Drama terbaru tvN ini ialah sebuah naskhah yang cuba menyampaikan mesej keadilan menerusi ‘ siaran langsung perbicaraan mahkamah’ dengan disertai oleh penonton daripada seluruh negara. Adakah Kang Yo-han, seorang ‘hakim syaitan’ yang muncul dalam keadaan serabut dan kekecohan merupakan hero kepada orang ramai ataupun iblis yang cuba menutup mukanya dengan undang-undang?

Ji Sung bakal membawa watak Kang Yo-han, seorang ketua hakim perbicaraan yang menyarungkan jubah perundangan bagi mengejar orang jahat. Dia merupakan ‘hakim syaitan’ yang memakai topeng undang-undang dan menghukum sesiapa yang tamak dan gila kuasa dalam rancangan perbicaraan. Dengan wajah yang tampan dan citarasa elegan, lelaki ini diselubungi aura misteri. Sehinggakan tiada siapa yang mampu meneka apa sebenarnya yang bermain di minda lelaki itu.

tvn devil judge

Kim Min-jung pula akan melakonkan watak Jung Sun-ah, musuh ketat Kang Yo-han dan pengarah eksekutif di pertubuhan tanggungjawab sosial korporat (CSR). Berbekalkan kecantikan dan kebijaksanaannya, dia banyak terlibat dengan orang penting, termasuklah Kang Yo-han selain mempunyai kuasa untuk menimbulkan huru-hara dalam negara.

Watak Kim Ga-on akan dipegang oleh Jinyoung (GOT7). Lelaki itu merupakan hakim perbicaraan bersekutu yang bersinar sebagai harapan dalam dunia dystopian. Dia kehilangan kedua ibu bapanya semasa kecil dan hidup susah sepanjang dia membesar. Namun Ga-on membanting tulang bagi mendapatkan temu janji pertamanya sebagai seorang hakim. Dia mempunyai kesabaran dan ketahanan yang tinggi, tapi dia mula hidup huru-hara selepas mula memerhatikan tindak-tanduk Kang Yo-han.

tvn devil judge

Park Gyu-young bertanggungjawab menggalas watak sebagai Yoon So-hyun, seorang detektif polis di unit penyiasatan daerah yang nekad membongkar rahsia Kang Yo-han. Dia dan Kim Ga-on sudah berkenalan sejak kecil dan membesarbersama-sama seperti adik-beradik. Meskipun dia agak popular kerana personalitinya yang ramah dan wajah yang menawan, hanya Kim Ga-on tidak perasan dengan kelebihan wanita itu.

Khabarnya, “Devil Judge” akan memulakan tayangan sekitar separuh kedua 2021.

Yes! Ji Sung dah kembali. Tak sabar nak tengok pelakon lelaki ini menunjukkan kemahiran lakonannya yang hebat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...