Utama Drama Korea Kisah Hakim Dibelenggu Pelbagai Pesalah Juvana, Netflix Kongsi Barisan Pelakon ‘Juvenile Judgement’

Kisah Hakim Dibelenggu Pelbagai Pesalah Juvana, Netflix Kongsi Barisan Pelakon ‘Juvenile Judgement’

netflix juvenile judgement

Hanya khabar angin yang bertiup, akhirnya Netflix mengesahkan barisan pelakon untuk siri asal terbarunya iaitu “Juvenila Judgement”.

“Juvenile Judgement” ialah sebuah drama perundangan di mana ia membawa kisah seorang hakim yang bencikan pesalah bawah umur dan kemudiannya dilantik menjadi hakim di mahkamah juvana di daerah Yeonhwa. Hakim tersebut yang pernah menjadi mangsa penjenayah juvana sebelum ini akan menghadapi pelbagai kes melibatkan remaja bawah umur dan mula mengenal erti menjadi dewasa.

Kim Hye-soo akan berlakon sebagai Shim Eun-seok iaitu seorang hakim di mahkamah juvana daerah Yeonhwa. Dia merupakan seorang dengan mata yang berkarisma, personaliti yang gagah sehingga kelihatan tegas dan membuatkan ramai yang menganggapnya sebagai sombong. Dia mempunyai nadi persaingan, yang ternyata membantu dirinya menolak kesemua rakan sekerja lelaki untuk mencapai tempat paling teratas.

juvenile judgement

Kim Moo-yeol pula ditawarkan watak sebagai hakim lain yang mempunyai ketinggian 180cm dan bahu yang bidang. Digambarkan sebagai seorang yang kelakian dan seksi, dia ialah seorang yang mengatasi kesusahan dalam suasana yang daif dan menjadi hakim selepas mengambil peperiksaan kelayakan sekolah menengah.

Lee Sung-min pula akan menjadi Kang Won-jung, ketua hakim di mahkamah juvana tersebut. Mempunyai pengalaman selama 18 tahun sebagai hakim, lelaki itu kini menghadapi konflik di antara realiti dan idealistik.

lee sungmin

Belum dipastikan tarikh tayangan spesifiknya, namun pastinya “Juvenile Judgement” akan dinantikan oleh para penonton.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSedaily
Loading...