Ikuti Kami:

Kisah Dunia Fantasi, Yoon Doojoon & Lee Hyeri Dilamar Bintangi ‘A Hundred Butler’

Kisah Dunia Fantasi, Yoon Doojoon & Lee Hyeri Dilamar Bintangi ‘A Hundred Butler’

Yoon Doo-joon HIGHLIGHT dan Lee Hye-ri telah dilamar untuk membintangi drama baharu MBC!

Pada 17 Mac, dilaporkan bahawa Doo-joon dan Hye-ri akan memegang watak utama dalam drama fantasi “A Hundred Butler” (terjemahan literal). Berikutan itu, agensi bagi Doo-joon Around US Entertainment telah memberi respon,

Doo-joon sedang menyemak tawaran lakonannya untuk drama ‘A Hundred Butler’.

Begitu juga dengan agensi Hye-ri,

Hye-ri sedang menyemak secara positif tawaran lakonannya untuk drama baharu MBC ‘A Hundred Butler’.

Sementara itu, “A Hundred Butler” mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Kim (Yoon Doo-joon), yang menggantikan tugas yang bermula pada 100 won setiap hari, dan Baek Dong-ju (Lee Hye-ri), seorang pengarah pengebumian yang mengabulkan permintaan si mati, semasa menjalankan tugas harian syarikat Ildangbaek.

“A Hundred Butler” akan menggambarkan kisah Butler Kim dan Baek Dong-ju, ketika mereka bekerjasama untuk menjalankan perniagaan pesanan yang dipanggil ‘100 Won Per Task’.

lee hyeri yoon doojoon

Nantikan maklumat lanjut!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...