Ikuti Kami:

Kisah Di Angkasa Lepas, Foto Seol Kyunggu & D.O. EXO Untuk Filem Sci-Fi ‘The Moon’ Dirilis

Kisah Di Angkasa Lepas, Foto Seol Kyunggu & D.O. EXO Untuk Filem Sci-Fi ‘The Moon’ Dirilis

Nampaknya filem yang dinantikan ramai iaitu “The Moon” sudah pun menyelesaikan penggambaran kini.

Menurut laporan media, Seol Kyung-gu, D.O. (EXO) dan Kim Hee-ae sudah melengkapkan rakaman untuk naskhah sci-fi ini pada 12 Oktober lalu. Pihak produksi sudah pun memasuki pasca-produksi bagi menyunting dan mencantikkan lagi filem berkenaan sebelum ditayangkan.

Untuk pengetahuan, “The Moon” ialah sebuah filem fiksyen sains mengenai dua lelaki yang terdesak – seorang dek terdampar di angkasa lepas kerana satu kemalangan manakala seorang lagi yang cuba sedaya upaya membantu membawanya kembali ke Bumi.

kim heeae the moon

Pelakon veteran iaitu Seol Kyung-gu akan membawa watak sebagai lelaki yang pekerja di pusat pemerhati dan merupakan seseorang yang sunyi dan tanpa sengaja telah berhubung dengan seorang lelaki yang terdampar di angkasa lepas. Secara tak langsung, Do Kyung-soo akan membawa watak lelaki yang terperangkap di bulan itu. Kim Hee-ae pula membawa watak Mun-yeong iaitu pengarah di stesen NASA dan merupakan kunci kepada insiden berkenaan.

“The Moon” turut mendapat perhatian ramai kerana diarahkan oleh Kim Yong-hwa yang bertanggungjawab untuk francais “Along With The Gods” sebelum ini selain dibantu “Dexter Studio” yang pernah bekerja untuk menyunting bagi filem “Space Sweepers”. Gabungan yang hebat ini pastinya akan melahirkan naskhah yang hebat kan?

Walaubagaimanapun, tiada lagi tarikh tayangan spesifik yang diumumkan oleh pihak produksi “The Moon”. Sama-sama kita nantikan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...