Ikuti Kami:

Kisah Detektif & Pakar Otak, Episod Awal ‘Brain Works’ Raih Rating Baik

Kisah Detektif & Pakar Otak, Episod Awal ‘Brain Works’ Raih Rating Baik

Akhirnya drama lakonan Cha Tae-hyun dan Jung Yong-hwa iaitu “Brain Works” telah pun memulakan tayangan kini!

Sinopsis

Ia merupakan drama bergenre komedi yang berunsurkan sains dan penyiasatan yang mengisahkan dua lelaki, pakar saraf Shin Ha-ru (Jung Yong-hwa) dan detektif Geum Myung-se (Cha Tae-hyun) yang berkerjasama untuk menyelesaikan kes jenayah yang melibatkan satu penyakit otak.

Gabungan ‘otak’ berbeza 

[Amaran SPOILER]

Untuk episod awal ini, penonton disajikan dengan 4 watak yang mempunyai ‘otak’ berbeza. Walaubagaimanapun, kisah utama ialah mengenai Geum Myung-se, seorang detektif di bahagian Siasatan Neurosaintifik yang perlu menyiasat mengenai kematian melibatkan saraf.

kbs brain works

Dalam pada itu, dia kemudiannya berkenalan dengan Shin Ha-ru iaitu seorang pakar otak yang bakal dibuang dari pusat kajian otak dan mereka mula bekerjasama.

Rating baik

Untuk episod awal ini, “Brain Works” mencatatkan rating yang baik untuk tayangan awal iaitu 5.2%. Pun begitu, ianya menurun sedikit kepada 4.1% semasa siaran episod keduanya.

Menerusi komen penonton, rata-rata mereka menyatakan bahawa premis drama ini sangat menyeronokkan dan lain dari yang lain. Tak cukup dengan itu, keletah watak lain lakonan Kwak Sun-young dan Ye Ji-won juga merupakan rencah terbaik bagi ‘menyedapkan’ lagi cerita itu.

kbs brain works

Korang dah layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...