Baru-baru ini, TVING telah mengumumkan drama kisah cinta songsang “Love in the Big City” yang akan diterajui pelakon Nam Yoon-su dan Jin Ho-eun.
“Love in the Big City” adalah melodrama yang mengikuti seorang lelaki yang homoseksual, yang terpaksa melepaskan kekasihnya dan mengikuti orang yang tak dikenali ke Thailand.
Melihat video trailer yang dikongsi, ramai rata-rata terkejut melihat babak intim Nam Yoon-su bersama Jin Ho-eun, di mana mereka berciuman dan mesra berpelukan.
Malahan, ramai yang menebak bahawa Korea Selatan akan lebih terbuka mengenai drama sebegini di masa hadapan, di mana banyak lagi naskhah yang memfokuskan tentang kisah cinta sesama jantina akan dihasilkan.
Sementara itu, “Love in the Big City” akan mula bersiaran pada 21 Oktober nanti.
Ish ish..