Utama Filem Korea Kisah Cinta Seorang Perenang, Ong Seongwu & Esom Dilamar Terajui Filem ‘Starlight...

Kisah Cinta Seorang Perenang, Ong Seongwu & Esom Dilamar Terajui Filem ‘Starlight Falls’

ong seongwu esom

Nampaknya Ong Seong-wu makin aktif dalam bidang lakonan kan?

Terbaru, Ong Seong-wu dan Esom telah dilaporkan menerima tawaran untuk membintangi filem “Starlight Falls” sebagai bintang utama.

“Starlight Falls” ialah sebuah filem percintaan yang akan memaparkan kisah seorang bekas perenang dan kisah cintanya yang berbeza dengan dua pelajar perempuan yang berkongsi nama yang sama. Ong Seong-wu telah ditawarkan peranan sebagai bekas perenang, yang kini bekerja sambilan sebagai pelajar kolej.

Manakala pelakon dan model Esom telah ditawarkan untuk memegang watak sebagai salah seorang pelajar perempuan yang pernah bercinta dengan bekas perenang lelaki itu. Ramai yang menantikan gandingan antara Ong Seong-wu dan Esom di skrin, dalam filem komedi romantik yang akan datang ini.

ong seongwu

Sementara itu, “Starlight Falls” telah dijadualkan untuk memulakan penggambaran pada April tahun ini. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBEROsen
Loading...