Im Soo-hyang dan Ji Hyun-woo bakal digandingkan bersama!
Pada 1 Februari, KBS telah mengesahkan bahawa watak utama bagi drama terbaru mereka “Beauty and the Devoted”, akan dilakonkan oleh Im Soo-hyang dan Ji Hyun-woo.
Drama ini mengisahkan tentang kisah percintaan seorang pelakon yang berada di ambang kejatuhan serta seorang pengarah yang membantunya untuk naik kembali melalui cinta.
Selain itu, drama ini akan ditulis oleh penulis skrip “Young Lady and Gentleman” dan diarahkan oleh pengarah Hong Suk-gu.
Dalam drama ini, Im Soo-hyang akan membawa watak sebagai Park Do-ra, seorang pelakon yang telah melalui pelbagai kesusahan selepas menjadi pelakon selama 15 tahun.
Manakala Ji Hyun-woo pula akan memegang watak sebagai seorang pengarah bernama Go Pil-seung yang mempunyai cita-cita tinggi untuk berjaya.
Drama “Beauty and the Devoted” ini dijangka bakal mula ditayangkan bermula Mac ini.
Tak sabarnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.