Ikuti Kami:

Kisah Cinta Remaja Pada 1999, Kim Yoojung & Byun Wooseok Terajui Filem Netflix ’20th Century Girl’

Kisah Cinta Remaja Pada 1999, Kim Yoojung & Byun Wooseok Terajui Filem Netflix ’20th Century Girl’

Tak sabarnya nak saksikan gandingan Kim Yoo-jung dan Byun Woo-seok dalam filem asal Netflix iaitu “20th Century Girl” nanti.

Naskhah romantik ini mengisahkan cinta pertama yang menyakitkan namun membuatkan hati berbunga buat Na Bo-ra, seorang gadis berusia 17 tahun pada tahun 1999. Daripada persahabatan yang hadir sebelum cinta dan mereka kembali bertemu pada abad ke-21.

Kim Yoo-jung akan membawa watak Na Bo-ra, seseorang yang mahir dalam sukan Taekwon-do dan sangat setia dengan rakan-rakannya. Malah gadis ini sanggup membantu memerhatikan gerak-geri Baek Hyun-jin, bagi pihak rakannya. Kim Yoo-jung akan memaparkan pelbagai emosi Na Bo-ra termasuklah dilema seorang 17 tahun yang berbelah bahagia di antara cinta dan persahabatan.netflix 20th century girlByun Woo-seok pula bertanggungjawab menghidupkan watak Poong Woon-ho, rakan sekelas Na Bo-ra di sekolah selain merupakan ahli kelab penyiaran.

Park Jung-woo pula bakal menjiwai watak Baek Hyun-jin, rakan baik Poong Woon-ho dan merupakan sasaran yang diperhatikan oleh Na Bo-ra buat rakannya, Yeon Doo.

Pelakon baru Noh Yoon-seo pula akan melakonkan watak Yeon Doo, gadis yang jatuh cinta pandang pertama pada Baek Hyun-jin. Dia pergi ke Amerika Syarikat untuk menjalani pembedahan jantung dan meminta rakan baiknya, Na Bo-ra untuk mencari tahu mengenai lelaki itu.

Bagi yang dah tak sabar menanti, “20th Century Girl” akan ditayangkan secara global menerusi Netflix.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...