Adakah Kim Young-dae bakal membawa watak utama buat pertama kali dalam karier lakonannya tak lama lagi?
Menurut laporan media, pelakon lelaki berusia 25 tahun itu ditawarkan untuk menerajui drama terbaru SBS iaitu “Why Oh Soo-jae?”.
Macam pernah dengar sahaja kan tajuk drama ini? Sebabnya Seo Hyun-jin sudah pun disahkan bakal menjadi heroin utama naskhah itu beberapa bulan lalu.
“Why Oh Soo-jae?” membawa kisah romantik di antara profesor fakulti perundangan dan seorang pelajar. Pada ketika nama Seo Hyun-jin diumumkan, pihak produksi memilih untuk merahsiakan nama pelakon yang akan melakonkan watak lelaki lebih muda itu.
Selepas khabar angin ini berterbangan, agensi Kim Young-dae mengesahkan bahawa pelakon itu sedang dalam perbincangan untuk membintanginya.
Bestnya kalau betul Kim Young-dae jadi bawa watak utama pertamanya kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.