Ikuti Kami:

Kisah Cinta Permainan Atas Talian, Moon Gayoung & Choi Hyunwook Dilamar Terajui ‘He’s The Black Dragon’

Kisah Cinta Permainan Atas Talian, Moon Gayoung & Choi Hyunwook Dilamar Terajui ‘He’s The Black Dragon’

Moon Ga-young dan Choi Hyun-wook dikatakan akan membintangi drama baru.

Pada 2 April, media telah melaporkan bahawa Moon Ga-young dan Choi Hyun-wook akan membintangi drama adaptasi webtoon, “He’s The Black Dragon” yang kini sedang dipertimbangkan untuk disiarkan di tvN.

Sebagai respon kepada laporan tersebut, wakil daripada tvN telah membalas,

Moon Ga-young dan Choi Hyun-wook masih lagi sedang mempertimbangkan tawaran yang telah diberikan dan perbincangan juga sedang dilakukan untuk menyiarkan ‘He’s The Black Dragon’ ini di tvN.

Malah, agensi Choi Hyun-wook juga turut mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan bahawa pelakon itu masih sedang mempertimbangkan tawaran untuk membintangi drama tersebut.

moon-gayoung-choi-hyunwook-drama

Sementara itu, drama ini akan mengisahkan tentang seorang pelajar lelaki dan perempuan yang jatuh cinta diantara satu sama lain ketika bermain satu permainan atas talian pada awal tahun 2000 dan kemudiannya berjumpa di dunia nyata.

Sukanya gandingan dengan jalan cerita drama ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...