Setelah berbulan-bulan bermain dengan perasaan penonton, akhirnya bahagian kedua “My Dearest” menamatkan siaran semalam.

Menurut Nielsen Korea, drama bersejarah itu berjaya merekodkan rating tertinggi sepanjang tayangan dari bahagian pertama hingga kedia dengan angka 12.9%. Malah ianya menduduki tangga pertama bagi di seluruh saluran dan menjadi rancangan dengan tontonan tertinggi untuk Sabtu.
Dalam episod akhir ini, Jang-hyun (Namgoong Min) dan Gil-chae (Ahn Eun-jin) berjaya menemui bahagia mereka apabila kembali bersatu meskipun pelbagai dugaan yang dilalui sebelum ini.
“My Dearest” ialah drama percintaan sejarah di Dinasti Joseon yang mengisahkan tentang seorang lelaki, yang telah mengisytiharkan bahawa dia tidak akan jatuh cinta namun, terpikat dengan seorang wanita yang mengimpikan cinta semula walaupun selepas dua perkahwinan yang gagal.
Korang dah habis layan ke?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.