Ikuti Kami:

Kisah Cinta Han Sohee & Lee Yoomi, Filem ‘Snowball’ Akan Tayang April Ini

Kisah Cinta Han Sohee & Lee Yoomi, Filem ‘Snowball’ Akan Tayang April Ini

Setelah lama menanti, filem pertama Han So-hee bakal menemui penonton tak lama lagi!

Terbaru, Festival Filem Antarabangsa Jeonju ke-24 telah memilih 11 produksi untuk peringkat akhir pertandingan Korea dan filem yang dibintangi Han So-hee iaitu “Snowball” turut dipilih daripada 8 filem, 2 dokumentari dan 1 dokumentari eksperimen.

Untuk pengetahuan, “Snowball” yang diarahkan oleh Yoon Soo-ik, mengisahkan tentang dua rakan sekolah menengah iaitu Han So-hee dan Lee Yoo-mi yang mengembara antara Seoul ke Gangneung, kemudiannya merasakan pelbagai emosi serta cinta.

Selain itu, filem ini juga telah menjalani penggambaran pada 2018 yang lalu, sebelum Han So-hee mula dikenali ramai menerusi drama “The World of the Married” yang ditayangkan pada 2020.

Dalam pada itu, Festival Filem Antarabangsa Jeonju ke-24 akan diadakan pada 27 April ini hingga 6 Mei.

Akhirnya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...