Ikuti Kami:

Kisah Cinta Di Tempat Kerja, Episod Awal ‘She Would Never Know’ Catat Rating Biasa

Kisah Cinta Di Tempat Kerja, Episod Awal ‘She Would Never Know’ Catat Rating Biasa

Seronok betul bila ada drama baru romantik yang ditayangkan, syok betul perasaan berbunga-bunga dalam hati ini. Sama juga perasaan itu apabila drama “She Would Never Know” mula ditayangkan beberapa hari lepas.

Sinopsis ringkas

Yoon Song-ah (Won Jin-ah) bertugas sebagai pegawai pemasaran untuk jenama kosmetik dan dia sangat menyukai kerjanya dan melakukannya dengan berdedikasi sekali. Manakala Chae Hyun-seung (Ro Woon) merupakan junior yang suda lebih setahun bekerja di bawah jagaan Yoon Song-ah. Setelah sekian lama bekerjasama, lelaki itu mula menaruh perasaan dan cuba memulakan hubungan dengan seniornya itu. Namun Yoon Song-ah menolak memandangkan dia sudah pun mempunyai teman lelaki selain tidak menganggap lelaki lebih muda sesuai sebagai pasangan bercinta.

episod awal she would never know

Episod awal seronok

[Amaran SPOILER]

Jelas kelihatan betul sinaran mata Chae Hyun-seung apabila memandang Yoon Song-ah, dipenuhi bunga cinta. Pun begitu, wanita itu lebih selesa mempunyai hubungan profesional dengan lelaki muda tersebut dan bahagia bersama teman lelakinya, Lee Jae-shin (Lee Hyun-wook) yang merupakan pengarah bahagian pemasaran di syarikat yang sama.

Kenyataan itu ternyata menyakitkan apabila Chae Hyun-seung tanpa sengaja melihat Lee Jae-shin menjalinkan hubungan romantik tanpa pengetahuan Yoon Song-ah dengan seorang lagi wanita lain, Lee Hyo-ju (Lee Joo-bin) iaitu cucu kepada pemilik jenama kosmetik terkenal.

episod awal she would never know

Namun rahsia itu tidak mampu disimpan lama apabila Chae Hyun-seung bertindak membawa Yoon Song-ah ke sebuah butik perkahwinan bagi membongkarkan babak teman lelakinya sedang memilih gaun pengantin bersama Lee Hyo-ju. Walaupun cuba dipujuk oleh juniornya tetapi sepertinya Yoon Song-ah tidak dapat menerima kenyataan mengenai perngkhianatan teman lelakinya selama 2 tahun tersebut.

Rata-rata penonton tak sabar untuk menyaksikan apakah tindakan Yoon Song-ah selepas menyaksikan kecurangan Lee Jae-shin selain berharap agar wanita itu membuka hati untuk menerima Chae Hyun-seung.

episod awal she would never know

[SPOILER Tamat]

Rating baik

Meskipun pun baru dua episod sahaja ditayangkan, rata-rata penonton sudah meluahkan rasa tidak sabar untuk menyaksikan perkembangan hubungan di antara Yoon Song-ah dan Chae Hyun-seung nanti. Merekodkan rating sebanyak 2.052% semasa episod pertama namun “She Would Never Know” melihatkan sedikit penurunan ketika episod kedua iaitu dengan catatan 1.562% sahaja.

Siapa yang minat drama romantik berbunga, pastinya akan seronok apabila menonton drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...