Utama Drama Korea Kisah Cinta Antara Sahabat Lama, Episod Awal ‘Love Is For Suckers’ Catat...

Kisah Cinta Antara Sahabat Lama, Episod Awal ‘Love Is For Suckers’ Catat Rating Memuaskan

love is for suckers

Peminat drama romantik Korea, ada naskhah baru untuk korang!

Sinopsis

Ia mengikuti kisah cinta antara Goo Yeo-reum (Lee Da-hee) dan Park Jae-hoon (Choi Si-won) yang telah berkawan rapat selama 20 tahun. Kemudian, mereka mula mempunyai perasaan romantik antara satu sama lain selepas bertemu sebagai pengarah penerbit rancangan temu janji.

Cinta antara sahabat

[Amaran SPOILER]

Kisah “Love Is For Suckers” bermula seperti drama romantik lain di mana wanita 30-an digambarkan sebagai sudah lanjut usia dan sukar mencari pasangan dalam ‘pasaran perkahwinan’.

love is for suckers

Oleh itu, Goo Yeo-reum seorang yang berjaya dalam kariernya sepertinya sukar untuk menyambar lelaki untuk menjadi pasangan hidupnya. Namun, keadaan sepertinya berbunga-bunga antaranya dan rakan baik Park Jae-hoon apabila lelaki tersebut dilihat sangat melindunginya.

Rating menaik

Ditayangkan di laman Kakao TV, “Love Is For Suckers” berjaya menarik perhatian ramai apabila mencatat rating yang baik dalam dua episod sahaja. Pada episod, drama ini meraoh rating sebanyak 0.8% sebelum meningkat ke 1.2% sekaligus membuktikan kepopularitiannya.

Rugi kalau tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...