Setelah lama menanti, drama Lee Min-ho dan Gong Hyo-jin “Ask The Stars” akhirnya akan menemui penonton tak lama lagi!
Pada 26 Ogos, pegawai tvN mengumumkan bahawa drama “Ask The Stars” telah dijadualkan untuk disiarkan sebagai drama Sabtu-Ahad pada separuh pertama 2025 nanti.
Untuk pengetahuan, penggambaran untuk drama itu telah pun selesai pada April 2023 yang lalu namun mengambil masa yang agak lama untuk proses pasca produksi.
Sementara itu, “Ask The Stars” adalah drama berlatarkan stesen angkasa, membawa kisah angkasawan dan seorang pelancong yang berjumpa dan jatuh cinta di sana.
Dalam drama ini, Lee Min-ho akan membawa watak Gong Ryong, seorang doktor OB-GYN (Obstetrik & Ginekologi) yang mempunyai rasa tanggungjawab yang kuat. Manakala Gong Hyo-jin akan menjadi Eve Kim, seorang angkasawan kacukan Korea-Amerika.
Sama-sama kita nantikan tayangannya!