Ikuti Kami:

Kisah Broker Hartanah ‘Bomoh’ & Penipu Guna Roh Buat Duit, ‘The Great Real Estate’ Temukan Jung Yonghwa & Jang Nara

Kisah Broker Hartanah ‘Bomoh’ & Penipu Guna Roh Buat Duit, ‘The Great Real Estate’ Temukan Jung Yonghwa & Jang Nara

Selepas 3 tahun berehat daripada dunia lakonan dek latihan khidmat ketenteraan, Jung Yong-hwa dikhabarkan bakal membuat kemunculan semula dalam drama terbaru “The Great Real Estate” bersama Jang Na-ra.

Drama ini membawa kisah seorang broker hartanah yang ‘membersihkan’ sesebuah bangunan itu daripada dihuni oleh roh orang mati dan juga hantu. Ramai yang dikatakan sudah menantikan drama ini kerana kisahnya yang dekat dengan kehidupan sebenar.

Jang Na-ra telah menerima tawaran untuk membawa wawak Hong Ji-ah iaitu seorang yang hebat dalam menguruskan hal hartanah selain mempunyai ‘side job’ sebagai bomoh. Walaupun mempunyai penampilan yang sempurna dan bijak, sebenarnya penumbuk wanita ini adalah lebih pantas daripada mulutnya. Perangai tegasnya ini dan juga kelebihan untuk membuang hantu diwarisi daripada ibunya sendiri.

jang nara dan jung yonghwaJung Yong-hwa pula ditawarkan untuk membawa watak Oh In-beom iaitu seorang penipu yang tidak mempercayai langsung kewujudan alam mistik namun menggunakan hantu untuk membuat wang. Sesuai dengan ‘pekerjaannya’, lelaki ini memiliki kemampuan untuk memahami situasi yang dihadapi olehnya selain dilengkapi dengan kebijaksanaan dalam memerhati dan logik akal.

Bergabung tenaga, Hong Ji-ah dan Oh In-beom kemudiannya menjalani misi untuk membongkarkan rahsia kematian ibu wanita itu yang berlaku pada 20 tahun lepas.

Selepas berita ini diumumkan, agensi naungan Jung Yong-hwa iaitu FNC Entertainment menjelaskan bahawa pelakon tersebut ada menerima tawaran drama tersebut dan kini sedang menelitinya dengan lebih mendalam.

Tak pernah pun bayangkan Jang Na-ra dan Jung Yong-hwa akan bergabung kan? Harap mereka akan menerima tawaran berlakon untuk “The Great Real Estate” ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...