Ikuti Kami:

Kisah Berbelit Bos & Setiausaha, Episod Awal ‘Crazy Love’ Raih Rating Biasa

Kisah Berbelit Bos & Setiausaha, Episod Awal ‘Crazy Love’ Raih Rating Biasa

Semakin banyak drama romantik yang ditayangkan kini! Salah satu daripadanya ialah “Crazy Love” yang dibintangi oleh Kim Jae-wook dan Krystal.

Sinopsis

“Crazy Love” membawa kisah seorang lelaki yang berpura-pura hilang ingatan apabila diberitahu dia akan dibunuh dan seorang wanita yang berlakon menjadi tunangannya.

Si bengis dan si pendiam

[Amaran SPOILER]

Noh Go-jin (Kim Jae-wook) meskipun seorang yang berjaya kini dan menjadi kegilaan ramai namun dia hanyalah seorang yang biasa pada ketika dahulu. Disebabkan oleh usahanya yang jitu sebagai CEO institusi matematik No 1 di Korea, dia tidak gentar dengan ugutan orang lain meskipun ia mengancam nyawanya.

kbs crazy love

Berbeza dengannya, Lee Shin-ah (Krystal), setiausahanya ialah seorang yang pendiam dan hanya menuruti perintah lelaki itu. Walaupun dihadapkan dengan pelbagai permintaan mengarut seperti suhu air kopi yang sama setiap kali membuatnya, wanita itu tetap gembira kerana menjadi orang pertama yang bertahan sebagai pembantu Noh Go-jin selama setahun.

Petang tak selalunya cerah apabila kedua mereka terpalit dengan satu insiden yang tidak dijangka. Lee Shin-ah yang mendapat tahu bahawa dia tidak akan hidup lama kerana menghidapi kanser otak, mengambil kesempatan untuk berlakon sebagai tunangan Noh Go-jin apabila lelaki tersebut disahkan hilang ingatan.

kbs crazy love

Rating biasa

Meskipun menampilkan Kim Jae-wook dan Krystal sebagai teraju utama, namun “Crazy Love” hanya mampu meraih rating yang biasa untuk tayangan awalnya. Untuk episod pertama, drama ini mencatat rating sebanyak 3.4% sebelum menurun ke 2.4% pada episod keduanya.

Hal ini mungkin juga kerana ia bersaing dengan drama popular lain iaitu “A Business Proposal” dan “Military Prosecutor Doberman” pada waktu yang sama.

Walaubagaimanapun, ramai yang teruja melihat gandingan Kim Jae-wook dan Krystal memandangkan idola itu yang pernah menyatakan bahawa dia ingin berpasangan dengan pelakon lelaki tersebut dalam “We Got Married” pada suatu ketika dahulu. Impian jadi kenyataan!

Apa kata korang mengenai drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...