Ikuti Kami:

Kisah Ayah Cari Anak Hilang, Drama Misteri 4 Episod ‘Hunted’ Bermula Baik

Kisah Ayah Cari Anak Hilang, Drama Misteri 4 Episod ‘Hunted’ Bermula Baik

Siapa yang berminat dengan drama pendek, pastinya tidak mahu terlepas menonton “Hunted” di MBC kini.

Drama itu mengikuti kisah kesukaran seorang lelaki untuk mencari anaknya yang hilang pada malam seorang lelaki ditembak.

Untuk episod awal ini, ia memaparkan sebuah perkampungan yang sibuk dengan musim menembak babi hutan. Walau bagaimanapun, seorang ayah bernama Young-soo (Park Ho-san) dipenuhi teka-teki dan kerisauan sekiranya dia tertembak anak sendiri apabila remaja tersebut hilang tanpa kesan secara tiba-tiba.

mbc hunted

Para penonton meluahkan rasa kagum dengan lakonan hebat Park Ho-san yang menggambarkan kerisauan sekiranya anak disayangi hilang selamanya. Pun begitu, kisah ini semakin misteri apabila setiap penduduk kampung menyimpan rahsia tersendiri yang menambahkan kegusaran semua.

Ternyata menjadi ikutan, episod pertama “Hunted” mencatatkan rating sebanyak 3.1% sekaligus membuktikan kepopularitiannya.

Hanya mempunyai 4 episod, korang yang meminati drama misteri perlu menonton drama ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...