Ikuti Kami:

Kisah Awal Profiler Jenayah Di Korea, ‘Through The Darkness’ Mula Dengan Rating Baik

Kisah Awal Profiler Jenayah Di Korea, ‘Through The Darkness’ Mula Dengan Rating Baik

K-Drama mengisahkan jenayah psikologi jaranglah mengecewakan! Sama seperti “Through The Darkness” sahaja ditayangkan kelmarin.

Sinopsis

Berlatarbelakangkan lewat tahun 90-an, drama ini membawa kisah mengenai profiler jenayah pertama di Korea yang mengalami kesukaran untuk membaca fikiran penjenayah.

Dipenuhi misteri

[Amaran SPOILER]

“Through The Darkness” nyata unik kerana ia membawa penonton menelusuri bidang profiling jenayah ketika awal pengenalannya di Korea sekitar tahun 90-an. Menerusi watak Song Ha-young (Kim Nam-gil) iaitu seorang profiler bijak, semua dapat melihat bagaimana fikiran penjenayah berfungsi dan bagaimana proses jenayah itu berlaku.

sbs through the darkness

Dalam episod awal ini, penonton disajikan dengan pembunuhan bersiri misteri yang dilakukan oleh penjenayah yang dipanggil ‘Topi Merah’. Walaupun pada awalnya mereka menyangka penjenayah sebenar telah ditangkap, namun ianya kembali ke permulaan apabila modus operandi yang sama berulang kembali.

Rating baik

Untuk episod awal ini, drama jenayah psikologi ini menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila berjaya meraih rating tinggi untuk episod awalnya. Untuk episod perdana, “Through The Darkness” mencatat rating sebanyak 6.2% sebelum meningkat ke 7.5% pada episod seterusnya.

Melihatkan rating yang baik ini, tak dapat dinafikan bahawa “Through The Darkness” mungkin menjadi drama jenayah kegemaran ramai tak lama nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...