Ikuti Kami:

Kisah Ahli Sihir Muda, Lee Jaewook & Park Hyeeun Dilapor Bakal Terajui Drama Baru Garapan Hong’s Sister

Kisah Ahli Sihir Muda, Lee Jaewook & Park Hyeeun Dilapor Bakal Terajui Drama Baru Garapan Hong’s Sister

Selepas “Do Do Sol Sol La La Sol” tamat, ramai katanya yang dah rindu nak tengok Lee Jae-wook kembali menghiasi skrin televisyen mereka.

Berita baik untuk anda kerana dikhabarkan bahawa lelaki itu telah dipilih untuk menjadi hero baru untuk drama garapan penulis terkenal, ‘Hong’s sister’ bertajuk “Return”.

Berdasarkan laporan media, Lee Jae-wook dan Park Hye-eun dikhabarkan bakal menerajui drama tersebut dan sudah selesai menjalani sesi pembacaan skrip pertama.

Bagi yang tidak kenal Park Hye-eun, dia memulakan karier lakonannya pada tahun lepas menerusi drama pendek Netflix iaitu “The School Nurse Files” sebagai pelajar yang membantu watak Jung Yoo-mi dan Nam Joo-hyuk dalam misi mereka menghapuskan roh jahat di sekolah mereka.

lee jaewook dan park hyeeun

Walaupun belum ada deskripsi penuh kepada watak dan karakter yang bakal menghiasi drama tersebut, “Return” dikatakan membawa kisah ahli sihir muda yang menguruskan pelbagai jenis roh.

Karya Hong’s sister sememangnya tak pernah mengecewakan, contohnya “Master’s Sun”, “My Girl”, Hotel Del Luna”, “Big”, “You’re Beautiful” dan banyak lagi. Hebat kan? Jadi, ramai yang dah tak sabar menantikan kejutan yang bakal ditampilkan menerusi “Return”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...