Ianya bukan rahsia lagi bahawa IU mempunyai ‘hati emas’.
Sebelum ini, media seringkali melaporkan bahawa IU telah memberikan banyak sumbangan kepada beberapa badan amal dan pertubuhan. Tidak dinafikan lagi bahawa IU, bukan sahaja seorang selebriti yang dikenali atas bakatnya tetapi juga atas sikap pemurahnya kepada semua orang.
Baru-baru ini, pelakon bersama IU dalam drama popular “Hotel Del Luna”, iaitu Seo Yi-sook telah memuat naik foto hadiah yang dikirimkan buat IU kepadanya!
Seo Yi-sook, yang memegang watak sebagai dewa Mago atau magoshin dalam drama itu, telah memuat naik gambar tersebut, dengan kapsyen,
IU Ji-eunah~ Saya sangat terharu kerana awak sentiasa memikirkan saya dengan menghantar hadiah pada setiap hari Chuseok dan Tahun Baru Lunar..Saya pasti akan makan ini dengan sangat baik~ selalu~~ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️
Nampaknya IU telah menghantar ‘jeotgal’ (hidangan makanan laut masin tradisional yang boleh digunakan sebagai ulam atau bahan masakan) untuk Tahun Baru Lunar buat pelakon tersebut.
Seperti yang ditulis Seo Yi-sook dalam entrinya, ini bukanlah kali pertama IU mengirim hadiah buatnya. Pada tahun lepas, dia juga telah memuat naik foto ‘madu mentah’, yang dihadiahkan buat IU kepadanya.
Baik kan IU?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.