Ikuti Kami:

Kini Trio, CNBLUE Sah Muncul Dengan Album Baru 17 November Ini

Kini Trio, CNBLUE Sah Muncul Dengan Album Baru 17 November Ini

Selepas mengumumkan rancangan untuk mengeluarkan album baru tak lama lagi, nampaknya CNBLUE dah drop tarikh sebenar. Tak lama lagi sahaja!

Pada 3 November, sumber daripada FNC Entertainment mengesahkan bahawa kumpulan itu akan membuat kemunculan semula pada 17 November ini.

Kalau anda nak tahu, kemunculan terkahir CNBLUE ialah pada Mac 2017 dengan album mini “7°CN” bersama judul utama “Between Us”. Selepas mengeluarkan album Jepun pada Oktober tahun yang sama, kesemua ahli kumpulan tersebut berehat begi melengkapkan latihan khidmat ketenteraan mereka. Manakala Lee Jong-hyun pula mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut kerana terpalit dengan kontroversi yang kurang menyenangkan.

album baru cnblue

Bermakna, ini adalah kemunculan pertama CNBLUE sebagai trio merangkumi Jung Yong-hwa, Lee Jung-shin dan Kang Min-hyuk.

Malah mereka juga telah membintangi rancangan realiti di tvN dengan tajuk “Don’t Call My Name – CNBLUE’s Secret Trip” yang bakal menemui penonton November ini.

Nampaknya tak menang tangan kesemua peminat CNBLUE iaitu BOICE bagi mengejar kesemua kandungan baru ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...