Ikuti Kami:

“Kini Dia Juga Ibu Saya” – Bagi Tahun 2020 Sahaja, Kim Mikyung Dah Bawa Watak Mak Dalam 5 Drama Ini

“Kini Dia Juga Ibu Saya” – Bagi Tahun 2020 Sahaja, Kim Mikyung Dah Bawa Watak Mak Dalam 5 Drama Ini

Apabila dah lama berkecimpung dalam dunia K-Drama ini, anda pasti akan mengenali bukan sahaja pelakon utama bahkan juga watak sampingan yang muncul sebentar sahaja pada saban episod. Kalau tak tahu nama pun, namun wajah mereka tetap tersemat dalam ingatan kan?

Sama juga dengan pelakon Kim Mi-kyung yang nampaknya dah diangkat sebagai ‘ibu semua orang’ dek muncul dengan watak ibu kepada watak utama dalam banyak naskhah popular. Antara drama popular yang pernah dihiasi oleh kehadiran wanita hebat ini ialah “Her Private Life”, “Another Oh Hae-young”, “The Sound Of Your Heart”, “Confession Couple”, “Healer”, “It’a Okay That’s Love”, “Master’s Sun”, “The Heirs” dan banyak lagi. Fuhh! Dahsyat betul.

Bahkan, untuk tahun 2020 ini sahaja, Kim Mi-kyung sudah membawa watak ibu hebat dalam 5 K-Drama yang berbeza.

Hi Bye, Mama!

kim mikyung

It’s Okay To Not Be Okay

kim mikyung

Was It Love?

kim mikyung

When I Was The Most Beautiful

kim mikyung

18 Again

kim mikyung

Walaupun berulang kali membawa watak ibu, namun Kim Mi-kyung berjaya membuktikan bahawa setiap daripada karakter dan personaliti tersebut adalah berbeza.

Ibu yang sentiasa menyokong anaknya dalam “Was It Love?”, ibu yang sepertinya membenci anaknya tapi sebenarnya sayang dalam “Hi Bye, Mama!”, ibu kepada semua orang dalam “It’s Okay To Not Be Okay”, ibu yang mempunyai hubungan yang jauh dengan anaknya dalam “When I Was The Most Beautiful” dan ibu yang pentingkan kebahagiaan anaknya dalam “18 Again”. Lain kan semua?

Bahkan penonton K-Drama sendiri pun bersetuju bahawa Kim Mi-kyung bukan lagi ibu untuk watak drama yang dilakonkannya sahaja malahan ibu mereka juga kini.

ibu k-drama kim mikyung ibu k-drama kim mikyung ibu k-drama kim mikyung

Langsung tak pernah mengecewakan lakonan Kim Mi-kyung, memang ibu kegemaran semua peminat K-Drama!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...