Ikuti Kami:

Kim Youngdae Akui Terkejut Lihat Rating ‘Shooting Star’ Hanya 1%

Kim Youngdae Akui Terkejut Lihat Rating ‘Shooting Star’ Hanya 1%

Meskipun sudah tamat namun “Shooting Star” merupakan antara drama yang berjaya mendapat perhatian ramai tahun ini sehingga terjual ke 160 negara selain menyapu bersih pelbagai ranking populariti global.

Pun begitu, drama tvN ini hanya mampu berpuas hati dengan rating dalam lingkungan 1% sahaja sepanjang tayangannya.

Berikutan hal ini, Kim Young-dae yang membawa watak Gong Tae-sung sempat berkongsi pandangan peribadi menerusi sebuah temubual istimewa baru-baru ini.

kim youngdae

Apabila ditanya sama ada berasa tertekan dengan rating rendah itu, jawab Kim Young-dae,

Saya berasa terkejut pada awalnya tapi sampai ke pertengahan, saya tidak terkesan lagi. Semasa ke Thailand atas urusan kerja, ramai yang menantikan saya di lapangan terbang. Sepertinya ramai yang menyukainya di luar negara.

Tambah lelaki itu lagi,

Apa yang saya banggakan ialah penonton domestik yang menontonnya mengatakan bahawa ia sangat menarik. Sejak itu, saya tak pedulikan mengenai rating lagi.

tvn shooting star

Dalam pada itu, Kim Young-dae menyatakan bahawa ada yang memuji lakonannya kian membaik menerusi watak utama pertama itu. Oleh sebab itu, dia berasa bersyukur buat “Shooting Star” dan tiada penyesalan mengenainya.

Selamat maju jaya buat Kim Young-dae!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...