Adakah Kim Yoo-jung akan kembali dengan drama baru tak lama lagi?
Menurut laporan, wanita itu akan memimpin drama romantik baru yang berdasarkan webtoon oleh Lee Eung-bok, “DearX”.
Ia menggambarkan kisah seorang pelakon wanita terkenal yang menggunakan orang lain untuk mendapatkan apa yang dia inginkan. Dalam pada itu, terdapat seorang lelaki yang berada di sisinya.
Kim Yoo-jung dilamar berlakon sebagai seorang sosiopat Baek Ah-jin yang mempunyai penampilan cantik dan personaliti yang baik, tetapi menghukum sesiapa sahaja yang menyentuh perasaannya.
Nantikan maklumat lanjut.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.