Kim Woobin, Han Jimin & Pelakon ‘Our Blues’ Lain Sokong Pameran Seni Jung Eunhye
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Hubungan antara pelakon “Our Blues” nampaknya masih rapat sehingga kini meskipun drama itu sudah lama tamat.
Pada 30 Ogos, Kim Woo-bin telah menunjukkan sokongannya terhadap rakan pelakon dari “Our Blues” iaitu Jung Eun-hye di pameran seni karikatur.
Dalam foto yang dikeluarkan, Kim Woo-bin dilihat hadir sambil membawa bunga buat Jung Eun-hye. Supportive sangat!
Selain Kim Woo-bin, Han Ji-min turut menghadiri pameran seni Jung Eun-hye bagi menyokongnya sebagai seorang artis karikatur. Untuk pengetahuan, Han Ji-min juga pernah menghadiri pameran bagi dokumentari Jung Eun-hye “Your Face”.
Bukan itu sahaja, pelakon lain dari “Our Blues” iaitu Baek Seung-do dan Lee So-byeol turut memberikan sokongan buat Jung Eun-hye.
Bagi yang belum tahu, Jung Eun-hye ialah seorang artis dan pelakon karikatur yang pernah muncul sebagai watak utama filem dokumentari “Your Face”. Dia juga merupakan salah seorang pelakon dalam drama “Our Blues”, memegang watak sebagai Lee Young-hui.
Supportive sangat dorang!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.





