Peminat drama seram dan thriller pastinya tak mahu terlepas menonton “Revenant” yang bersiaran di SBS dan Disney+ kini.
Ianya membawa kisah seorang wanita yang dirasuk roh jahat dan seorang lelaki yang dapat melihat roh jahat serta ingin menggali kematian misteri yang mengelilingi lima badan berbeza di dunia lain dengan roh jahat apabila pintu dibuka.
[Amaran SPOILER]
Kisah bermula apabila Gu San-young (Kim Tae-ri), seorang pelajar biasa yang bekerja separuh masa telah diberikan barang peninggalan mendiang ayahnya. Hidup yang kelam berubah dramatik apabila dia kini terpalit dengan pelbagai kejadian misteri. Bahkan dia sepertinya diikuti satu roh jahat apabila semakin ramai orang disekelilingnya mati secara tiba-tiba.
Turut mahu menyelesaikan misteri di sebalik kematian ibunya, Yeom Hae-sang (Oh Jung-se) yang merupakan profesor cerita rakyat muncul di hadapan Gu San-young selepas ibu kepada gadis itu menghantar surat supaya melindungi anaknya.
Terbukti popular, episod pertama “Revenant” berjaya mencapai rating menghampiri dua angka iaitu 9.9% secara purata mankala mencapai 10.8% di kawasan metropolitan Seoul.
Rata-rata penonton meluahkan rasa teruja melihat lakonan hebat Kim Tae-ri dan Oh Jung-se lantas tidak sabar menanti apa yang akan terungkai dalam episod keduanya nanti.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉