Tak dinafikan memang ada ramai persaingan antara pelakon wanita di Korea.
Baru-baru ini, Kim Tae-ri telah berjaya membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Baeksang ke-61, untuk lakonannya dalam drama “Jeongnyeon: The Star is Born”.
Beberapa pesaing hebatnya termasuklah IU, untuk wataknya dalam “When Life Gives You Tangerines”.
Namun di media sosial, ramai telah melakukan perdebatan menyatakan bahawa IU lebih layak untuk menerima anugerah tersebut berbanding Kim Tae-ri, kerana dia memainkan dua watak berbeza dalam drama itu.
Both actresses are amazing in their own way, don’t get me wrong
Kim Taeri could play IU’s role in “When life gives you tangerines”, but IU could never be able to play the roles Kim Taeri portrayed in Jeongnyeon.
Never in a 100 years. To even try to compare the two is pointless https://t.co/R5mwKwkrxX
— I try (@00alittle00) May 5, 2025
Membalas semula, peminat menjelaskan bahawa Kim Tae-ri pula telah membawa 12 watak berbeza dalam “Jeongyeon: The Star is Born” dan berlatih selama bertahun-tahun untuk menjayakan peranannya.
Meskipun kedua-dua mereka tak dinafikan adalah pelakon hebat, rezeki telah berpihak kepada Kim Tae-ri kali ini. Bagaimanapun, ia tetap tidak mengubah fakta bahawa IU juga adalah seorang pelakon berbakat.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.