Setelah lama menanti, drama terbaru lakonan Kim Tae-ri ini akan menemui penonton tak lama lagi!
Berlatarkan tahun 1950-an, Kim Tae-ri akan terajui drama “Jeong-nyeon: The Star is Born”, mengisahkan tentang Yoon Jeong-nyeon yang mempunyai impian untuk menjadi kaya.
Dalam satu temu bual, wanita itu berkongsi persiapannya untuk menghidupkan watak Yoon Jeong-nyeon dalam drama ini, iaitu seorang wanita yang mengejar impiannya ke Seoul dan memasuki sebuah syarikat teater.
Kongsi Kim Tae-ri,
Ia penting untuk meniru bakat semula jadi penyanyi tradisional jadi, saya banyak beri tumpuan kepada latihan vokal. Saya berlatih selama 3 tahun, dari April 2021 hingga Jun 2024 untuk latihan vokal, tarian, dialek dan persembahan tradisional.
Sambungnya,
Memandangkan kedua-dua saya dan Jeong-yeon pada awalnya tak tahu apa-apa, saya harap ini akan membawa kepada hasil yang tulen dan cantik.
Sementara itu, “Jeong-nyeon: The Star is Born” turut dibintangi Shin Ye-eun, Moon So-ri dan Ra Mi-ran, akan mula bersiaran pada 12 Oktober ini.