Khabarnya Kim Sun-ah dan Uhm Jung-hwa mungkin akan berjabat tangan dalam sebuah drama baru bertajuk “W: The City Of Woman That Will Never Die”.
Drama ini membawa kisah mengenai dua orang wanita yang hidup dalam kehidupan dramatik yang berbeza dan meninggalkan segalanya bagi membina dunia atas paksi keadilan dan kebenaran. Bersama-sama, mereka berganding tenaga bagi membuktikan kekuasaan wanita.
Selepas khabar angin ini bertiup, agensi Kim Sun-ah iaitu Lead Entertainment menyatakan,
Kim Sun-ah ada ditawarkan untuk berlakon drama ‘W’. Kemunculannya belum disahkan dan masih lagi dalam perbincangan.

Dari kiri: Uhm Jung-hwa, Kim Seon-ah
Malah agensi Uhm Jung-hwa turut mengeluarkan kenyataan mengenai tawaran ini,
Uhm Jung-hwa masih lagi berbincang mengenai kemunculannya tapi tiada apa yang telah disahkan buat masa ini.
Boleh tahan hebat pelakon yang ditawarkan untuk menerajui drama ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.