Kim Soyeon Dilapor Sah Jadi Heroin Musim Kedua ‘Tale Of The Nine Tailed’
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Selepas hanya khabar angin sebelum ini, nampaknya Kim So-yeon sah menjadi teraju utama untuk musim kedua “Tale Of The Nine Tailed”.
Ujar wakil stesen penyiaran,
Kim So-yeon akan muncul dalam musim kedua ‘Tale Of The Nine Tailed’ yang mempunyai 12 episod.
Musim terbaru ini akan membawa kisah pemburuan hantu berskala besar mengenai runah berekor sembilan yang terjatuh pada 1930-an. Malah kisah Lee Yeon (Lee Dong-wook) yang menjadi tuhan gunung serta cerita Lee Rang (Kim Bum) yang tergantung akan bersambung nanti.

Kim So-yeon akan melakonkan watak Ryu Hong-joo, dikenali sebagai seorang yang tamak. Merupakan pemilik Rumah Myoyeon, sebuah restoran mewah di Gyeongseong, dia dikhabarkan sebagai ‘tidak menua’ dan merupakan bekas tuhan gunan barat. Bersama Lee Yeon, wanita itu merupakan salah seorang daripada 4 tuhan yang mengemudi Semenanjung Korea.
Mendengarkan pengumuman ini, ramai yang teruja mengenai keserasian yang bakal ditampilkan oleh wanita itu bersama Lee Dong-wook.
Terdahulu, Jo Bo-ah merupakan heroin “Tale Of The Nine Tailed” namun wanita itu dikhabarkan tidak akan menyertai musim terbaru siri fantasi itu.
Okay tak korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




