Setelah lama menanti, drama “Queen of Tears” akhirnya mula ditayangkan.
Diterajui Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won, “Queen of Tears” menceritakan kisah cinta ajaib yang mendebarkan dan pasangan lucu suami isteri, yang berjaya mengharungi krisis dan kekal bersama dalam menghadapi segala rintangan.
Dalam episod pertama yang ditayangkan pada 9 Mac, ia mengimbas kembali memori indah Baek Hyun-woo dan Hong Hae-in, ketika pasangan suami isteri itu pergi berbulan madu di German selepas berkahwin.
첫방 하자마자 키스신 모음 나오는 드라마 이게 부부야 pic.twitter.com/IV0bVRvTC6
— 🎂 (@loverflavor) March 9, 2024
Meskipun baru sahaja satu episod, banyak babak romantik antara Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won telah ditayangkan, dengan 10 adegan ciuman antara mereka.
Komen penonton,
Kalau kiss scene ada banyak macam ni di awal episod, saya takut dengan ending drama ini nanti..
Indah sangat kisah cinta mereka.
Saya yang tengok pun dapat rasakan cinta kuat antara mereka.
Saya setuju kalau mereka bersama!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.