Kim Soohyun & Ji Changwook Buat Comeback, 3 K-Drama Baru Bakal Temui Anda Jun Ini!

drama kore june 2020

Seperti biasa, masuk sahaja bulan baru, akan ada beberapa drama Korea baru yang akan ‘dihadiahkan’ kepada penonton bagi menggantikan drama lama yang sudah sampai ke penghujungnya.

Nah! Di sini disertakan senarai naskhah baru daripada pelbagai genre dan latar belakang yang pastinya akan menambat hati penonton. Bestnya!

1. My Unfamiliar Family

tvN | 1 JUN

my unfamiliar family

Drama ini membawa penonton menelusuri hubungan rumit di antara keluarga dan rakan-rakan. Kim Eun-hee (Han Ye-ri) merupakan anak kedua yang mempunyai hubungan asing dengan setiap ahli keluarganya. Oleh sebab itu, dia lebih senang menceritakan segala masalah kepada rakan baiknya yang sudah dianggap seperti abang sendiri iaitu Park Chan-hyuk (Kim Ji-seok).

Naskhah ini memberi penekanan kepada realiti keluarga moden kini yang kian menjauh antara satu sama lain apabila semakin meningkat tua. Bagi mengisi ruang yang kosong itu, ada antara ahli keluarga yang memilih untuk mengikat hubungan dengan orang luar dan menganggap mereka sebagai keluarga sebenar. Walaubagaimanapun seperti kata pepatah, ‘air yang dicincang tidak akan putus’.

2. Backstreet Rookie

SBS | 12 JUN

backstreet rookie

Adaptasi daripada webtoon “Convenience Store Saet-byul”, ia membawa kisah seorang pemilik kedai serbaneka yang kalut iaitu Choi Dae-hyun (Ji Chang-wook) dan pembantunya yang cantik, Jung Saet-byeol (Kim Yoo-jung). Pengenalan di antara mereka bermula pada 4 tahun lepas apabila Saet-byul yang merupakan pelajar sekolah menengah pada ketika itu telah membuli lelaki tersebut untuk membeli rokok dan sebagainya. Walaupun Dae-hyun ada memberi nombor telefon kepada gadis itu, tetapi sehingga ke sudah dia tidak menghubunginya.

4 tahun kemudian, Dae-hyun memulakan perniagaan kedai serbaneka dan tanpa disangka mengambil Saet-byul sebagai pekerja separuh masa di situ. Gadis yang bermasalah dahulu kini merupakan seorang pelajar universiti yang berpegang teguh dengan moral baik.

2. It’s Okay To Not Be Okay

tvN & Netflix | 20 JUN

it's okay to not be okay

Kisah seorang penjaga di wad psikiatri, Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun) yang sentiasa berasa bahawa dia dilahirkan hanyalah untuk menjaga abangnya Sang-tae (Oh Jung-se) yang mengalami sindrom autistik (ASD). Walaupun mempunyai kekurangan, Sang-tae merupakan peminat tegar Go Mun-yeong (Seo Ye-ji) iaitu seorang penulis buku kanak-kanak yang popular namun mempunyai masalah tingkah laku anti-sosial.

Selepas takdir menemukan mereka, Gang-tae dan Mun-yeong mula membantu antara satu sama lain bagi merawat trauma yang dilalui ketika masa silam mereka.

Jangan lupa temu janji anda dengan drama Korea terbaru ini dan selamat menonton!

Leave a Reply