Nampaknya kita terpaksa tunggu lama lagi sebelum melihat Kim Soo-hyun kembali berlakon selepas drama “It’s Okay To Not Be Okay” tamat
Walaupun dikhabarkan menerima tawaran drama siri asal Netflix bergenre thriller iaitu “Finger” namun agensinya mengesahkan bahawa pelakon tersebut tidak akan menyertainya.
Menurut agensinya,
Kim Soo-hyun kini sedang meneliti beberapa tawaran lain sebagai projek susulannya.
Kalau anda nak tahu, “Finger” digambarkan sebagai versi Korea bagi drama “American Psycho”. Meskipun ia menampilkan watak utama penggaya dalaman dan seni bina yang sempurna namun ia membawa genre saspens tentang dia yang merupakan pembunuh ‘sociopath’ dan tidak mempunyai sekelumit pun perasaan.
Sayangnya, mesti best kalau Kim Soo-hyun bawa watak ‘sociopath’ kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.