Susulan kontroversi melibatkan mendiang Kim Sae-ron, banyak jenama telah memutuskan untuk menamatkan kontrak mereka dengan Kim Soo-hyun.
Begitu juga dengan restoran Shabu All Day yang baru-baru ini telah memperkenalkan Kim Woo-bin sebagai model baru mereka, menggantikan Kim Soo-hyun.
Bukan sahaja seorang pelakon berbakat, Kim Woo-bin juga dikenali sebagai selebriti dengan imej yang baik, membuatkan pelantikannya itu disambut baik oleh netizen.
View this post on Instagram
Untuk pengetahuan, Shabu All Day adalah francais restoran bersakala besar, yang beroperasi di lebih 140 kedai seluruh negara.
Tahniah Kim Woo-bin!