Ikuti Kami:

“Kim Soohyun Boleh..” – Tiket Perjumpaan Peminat Tak Terjual, Populariti Lee Minho Menurun Kini?

“Kim Soohyun Boleh..” – Tiket Perjumpaan Peminat Tak Terjual, Populariti Lee Minho Menurun Kini?

Adakah populariti Lee Min-ho sudah menurun kini?

Sedang sibuk dengan promosi drama “When The Stars Gossip”, pelakon lelakitu turut berkesempatan membuka pentas untuk peminat menemuinya menerusi perjumpaan peminat 2025 LEE MINHO ASIA FANMEETING TOUR ‘MINHOVERSE’.

Bakal bermula di Seoul pada Mac ini, netizen mempersoalkan mengenai tiket yang kurang terjual kini meskipun dinobat sebagai antara pelakon K-Drama popular. Tulis netizen di sebuah entri di laman komuniti Korea,

Sudah dua minggu sejak jualan tiket bermula, tetapi tiket masih tidak terjual habis. Mereka telah menutup bahagian sisi di tingkat dua, dan bahkan tempat duduk di tengah-tengah tingkat dua dan tingkat pertama juga belum habis dijual.

Sebagai rujukan, acara ini diadakan di Olympic Hall, dan kadar jualan tiket adalah 55%.

Mereka telah menjual 55% daripada 2,500 tiket.

Ini adalah acara pertemuan peminat semasa tayangan dramanya, dan nampaknya jualannya lebih teruk daripada sebelumnya. Biasanya, pertemuan peminat semasa tayangan drama laris dijual.

minhoverse

Komen netizen lain,

  • Kim Soo-hyun pun dapat penuhi lokasi perjumpaan yang sama.
  • Bagi seorang pelakon, saya rasa jumlah jualan tiket dia okay sahaja. Dia bukannya idola..
  • Lee Jong-suk yang sedang berehat dari lakonan pun dapat jual lebih dari 2,000 tiket.
  • Kenapa perlu sebut nama pelakon lain?
  • Teruknya pembenci Lee Min-ho.

Cuba datang Malaysia, mesti ramai yang pergi kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instiz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...