Ikuti Kami:

Kim Soohyun Akhirnya Buka Mulut, Nafi Bercinta Dengan Kim Saeron Ketika Mendiang Bawah Umur

Kim Soohyun Akhirnya Buka Mulut, Nafi Bercinta Dengan Kim Saeron Ketika Mendiang Bawah Umur

Selepas pelbagai dakwaan yang dibuat, Kim Soo-hyun akhirnya menjawab segala persoalan berkaitan hubungannya dengan mendiang Kim Sae-ron.

Terbaru pada 14 Mac, agensi sebagai wakil Kim Soo-hyun telah menafikan dakwaan yang menyatakan lelaki itu bercinta dengan Kim Sae-ron ketika mendiang berusia 15 tahun.

Dalam satu kenyataan, Kim Soo-hyun memberitahu bahawa mereka bercinta pada 2019, iaitu selepas Kim Sae-ron telah menganjak dewasa.

kim soohyun

Baca kenyataan penuh di bawah:

Kim Soo-hyun dan Kim Sae-ron bercinta dari musim panas 2019 hingga musim luruh 2020 setelah Kim Sae-ron menjadi dewasa. Dakwaan yang menyatakan bahawa Kim Soo-hyun bercinta dengan Kim Sae-ron ketika dia masih di bawah umur adalah tidak benar.

Foto yang dimuat naik Kim Sae-ron di Instagram Story pada 24 Mac 2024 dan foto-foto lain yang didedahkan oleh Garo Sero Institute Research, kedua-duanya adalah gambar peribadi pasangan itu yang diambil pada hari sama ketika musim sejuk 2020. Pakaian yang dipakai oleh Kim Sae-ron pada masa itu adalah dari jenama yang dilancarkan pada 2019 jadi, dakwaan bahawa foto tersebut diambil pada 2016 ketika Kim Sae-ron berusia 15 tahun adalah palsu.

Selain itu, pelakon tersebut juga dikatakan telah menunjukkan tanda-tanda ketidakstabilan psikologi yang mendalam kini dan sedang mengambil langkah yang sewajarnya untuk mendapat ketenangan sepenuhnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...