Ikuti Kami:

Kim Soo Hyun Bikin Penonton ‘Goosebump’ & Menangis Dalam Drama Terbaru One Ordinary Day

Kim Soo Hyun Bikin Penonton ‘Goosebump’ & Menangis Dalam Drama Terbaru One Ordinary Day

Kim Soo Hyun ni bagilah watak apa pun, semua dia boleh tapau. Watak Maharaja, askar Korea Utara malah mahluk asing pun dia pernah bawa. Jadi tak hairanlah jika dia menjadi antara aktor yang menerima bayaran paling mahal di Korea. 

Setelah setahun menyepi dari kaca televisyen, Kim Soo Hyun kembali dengan naskah crime-thriller, One Ordinary Day. Untuk korang yang mungkin tak tahu, drama ini merupakan adaptasi daripada siri BBC popular tahun 2008 bertajuk Criminal Justice.

[Amaran SPOILER]

One Ordinary Day (Viu)

Kim Hyun Soo (Kim Soo Hyun) merupakan seorang pelajar universiti biasa yang hidup dalam keadaan sederhana. Satu malam dalam perjalanan nak ke parti yang dianjurkan rakannya, dia telah terjumpa seorang wanita, Hong Gook-hwa (Hwang Se-on) yang masuk ke dalam teksi yang dibawanya. Teksi tu sebenarnya ayah Hyun Soo punya yang dibawa secara curi-curi.

Daripada ke parti rakannya, Hyun Soo menghabiskan malamnya dengan perempuan tu. Tapi sesuatu yang mengerikan berlaku, Hong Gook-hwa dijumpai mati dibunuh dengan kejam apabila Hyun Soo bangun daripada tidur. Persoalannya adakah Hyun Soo yang bunuh?

One Ordinary Day (viu)

Hyun Soo yang ketakutan dan bingung mulanya nak melarikan diri, tapi terserempak dengan polis peronda yang melihatnya dalam keadaan mencurigakan. Keadaan dan bukti yang menunding ke arahnya, menyebabkan Hyun Soo dijadikan suspek utama kes pembunuhan ini.

Dalam tahanan, polis dan pendakwa raya pula ingin kes ini diselesaikan segera kerana menarik minat masyarakat dan media. Hyun Soo pada mulanya disuruh untuk mengaku sebagai pembunuh bagi mengurangkan hukuman, tapi ada seorang peguam gred 3, Shin Joong-han (Cha Seung-won) yang menyedarkan dia daripada terperangkap menjadi kambing hitam.

Adakah Hyun Soo bakal terlepas hukuman mati? Saksikan One Ordinary Day secara eksklusif di Viu

One Ordinary Day (Viu)

Bermula episod 1 penonton tak senang duduk betul tengok nasib Hyun Soo ni, itu belum lagi dalam penjara dia kena buli. Kira memang malang teruklah nasih dia ni.

Kalau korang minat genre macam ni, One Ordinary Day kena ada dalam list kdrama WAJIB tonton tahun ni. Dibawah arahan pengarah terkenal Lee Myung-woo yang turut mengarahkan The Fiery Priest, korang pasti takkan kecewalah dengan drama ni.

Adaptasi Korea ini mempunyai 8 episod yang korang boleh saksikan secara eksklusif di Viu, setiap hari Jumaat dan Sabtu jam 10 malam, https://oneordinaryday.onelink.me/qIwu/6317d2ce.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...