Ikuti Kami:

Kim Sohyun, Ji Soo, Kang Haneul & Lee Jihoon, ‘River Where The Moon Rises’ Dedah Barisan Pelakon Rasmi

Kim Sohyun, Ji Soo, Kang Haneul & Lee Jihoon, ‘River Where The Moon Rises’ Dedah Barisan Pelakon Rasmi

Selepas hanya khabar angin yang bertiup kencang, akhirnya barisan pelakon untuk drama “River Where The Moon Rises” sudah pun disahkan.

Drama bersejarah ini mengisahkan tentang kisah cinta di antara Pyeonggang dan On Dal yang merupakan watak dalam kisah dongeng zaman Goguryeo. Pyeonggang yang turut dikenali sebagai Yeom Ga-jin ialah seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan mahu menjadi wanita pertama yang memerintah Goguryeo. Malah dia sanggup menggunakan perasaan On Dal yang suci kepadanya untuk mencapai impian tersebut.

Seperti yang sudah disahkan sebelum ini, Kim So-hyun akan membawa watak Pyeonggang yang dilahirkan sebagai puteri tetapi dibesarkan seperti tentera. Dia merupakan seorang yang bijak dan berfikiran logik. Ji Soo pula akan melakonkan watak On Dal iaitu seorang lelaki yang sukakan kedamaian dan naif sehingga sanggup melanggar prinsip sendiri untuk melindungi Pyeonggang.

river where the moon rises

Dari kiri: Kim So-hyun, Ji Soo, Kang Ha-neul

Kang Ha-neul pula akan menggalas tanggungjawab sebagai bapa On Dal iaitu On Hyup yang merupakan ketua puak Sunnobu dan jeneral yang berkhidmat untuk Goguryeo. Lee Ji-hoon bakal melakonkan watak jeneral Go Geon yang sempurna segalanya. Buat pertama kali dalam hidupnya. dia mahu menjadikan Pyeonggang sebagai miliknya dan terlibat dengan perlawanan hebat bagi memenangi hati wanita itu.

Choi Yoo-hwa pula ialah Hae Mo-yong yang nekad ingin mengawal Goguryeo dan bermain dengannya sesuka hati. Dia merupakan seorang wanita dengan rupa yang cantik, personaliti yang teliti dan mempunyai kebolehan untuk melihat masa depan iaitu satu rahsia besar yang disimpan olehnya. Wanita ini kemudiannya jatuh cinta dengan Go Geon lantas membuatkan drama ini semakin menarik.

river where the moon rises

Dari kiri: Lee Ji-hoon, Choi Yoo-hwa

Boleh tahan hebat barisan pelakon yang dipilih ini. Bilalah “River Where The Moon Rises” akan ditayangkan, kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...