Sepertinya “Serendipity’s Embrace” bermula dengan baik!
Menurut Nielsen Korea, episod perdana drama komedi-romantik yang dibintangi oleh Kim So-hyun dan Chae Jong-hyeop ini mencapai rating purata sebanyak 3.9% lantas menduduki tempat teratas dalam slot waktunya di semua saluran kabel.
Berdasarkan webtoon popular, siri ini mengisahkan tentang anak muda yang menemui cinta sejati dan impian mereka selepas secara tidak sengaja bertemu dengan cinta pertama masing-masing dari 10 tahun yang lalu.
Setakat episod pertama ini, rata-rata memuji keserasian antara Chae Jong-hyeop dan Kim So-hyun selain menyukai plot yang membuatkan hati berbunga.
Korang dah layan ke?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.