Ikuti Kami:

Kim Shinyoung Jawab Dakwaan Bercinta Dengan Jiho Bekas Ahli Oh My Girl

Kim Shinyoung Jawab Dakwaan Bercinta Dengan Jiho Bekas Ahli Oh My Girl

Timbul satu khabar angin yang baru-baru ini berjaya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan artis dan juga peminat. Pelawak Kim Shin-young dalam sebuah program radio MBC FM4U iaitu “Kim Shin Young’s Noon Song of Hope”, secara peribadi menangani khabar angin baru-baru ini yang menyelubungi dirinya dan Jiho bekas ahli Oh My Girl.

Dalam program radionya baru-baru ini, Kim Shin-young akhirnya menjawab spekulasi tersebut dengan berkata,

Buat pertama kali dalam beberapa tahun, orang menghantar saya begitu banyak mesej dalam pelbagai jenis ‘group chat’. Mereka menghantar saya semua jenis pautan, jadi saya melihat semuanya.

Beberapa khabar angin yang benar-benar tidak berasas telah berlaku. Tetapi khabar angin saya selalunya begini, selalu melampau, tiada motif asas. Pada mulanya, saya beranggapan tiada sesiapa pun benar-benar percaya dengan perkara ini tetapi nampaknya, ia telah banyak berlaku

Kim Shin-young turut menyambung,

Kakitangan program radio ini mengenali saya dengan baik, jadi mereka tahu bahawa saya suka memberi barangan kepada orang ramai. Jadi mungkin itulah punca kepada khabar angin ini, ia hanya mengarut.

Dalam komen, terdapat begitu banyak yang berniat jahat dengan menghina tentang wajah dan penampilan luaran saya. Tetapi saya akan katakan sekarang bahawa jika anda bertemu saya dalam kehidupan sebenar, saya yakin, saya tidak begitu hodoh. Ramai orang memanggil saya ‘nenek’, tetapi untuk seseorang dalam lingkungan umur 40-an, saya kelihatan agak muda.

kim shin young

Pelawak itu kemudiannya menegaskan,

Perkara yang paling penting mengenai perkara ini ialah khabar angin itu tidak benar. Wow, saya tidak tahu bahawa saya perlu menjelaskan kepada orang mengenai hal itu. Tetapi secara jujur, kita tidak boleh menambah lagi komen terhadap perkara ini kerana sesetengah orang mungkin telah terluka. Kamu tidak bertanggungjawab atas komen yang menyakitkan orang lain. Jika ada sesuatu yang kamu benar-benar ingin katakan kepada saya, datang berjumpa saya di MBC.

Akhir sekali, Kim Shin-young menjelaskan,

Jiho sudah bagaikan seorang adik yang rapat dengan saya dan sedang memulakan lembaran baru dalam hidupnya. Jadi tolong berikan semangat kepadanya. Tolong jangan menghalang seseorang yang mempunyai masa depan yang cerah, dan teruslah menyokongnya. Sekali lagi, saya akan katakan, itu tidak benar. Ya, memang benar dia memakai pakaian saya sekali, tetapi saya biarkan dia meminjamnya. Itu sahaja.

Kesian Kim Shin-young nak kena jelaskan hal ni berkali-kali. Korang jangan lah timbulkan spekulasi kalau tak betul okay!

Sebarkan berita yang sahih je!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...