Ikuti Kami:

Kim Seonho & Yoona Girls’ Generation Sah Terajui Filem Komedi Romantik ‘2 O’Clock Date’

Kim Seonho & Yoona Girls’ Generation Sah Terajui Filem Komedi Romantik ‘2 O’Clock Date’

Semakin sibuk nampaknya Kim Seon-ho selepas ini!

Terbaru, pelakon lelaki itu disahkan bakal bergandingan dengan Yoon-A (Girls’ Generation) dalam sebuah filem bertajuk “2 O’Clock Date”.

Naskhah komedi romantik ini menceritakan kisah seorang wanita dengan rahsia besar dan seorang lelaki yang tinggal di tingkat atas rumahnya. Filem manis ini mengikuti kehidupan mereka yang asyik terserempak kerana berjiran.

Pernah menjadi hos bersama untuk “2020 MBC Music Festival”, ini adalah percubaan pertama mereka bergandingan sebagai pelakon.kim seonho yoonaFilem ini akan diarahkan oleh Lee Sang-geun, yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Yoon-A di dalam filem “EXIT”. “2 O’Clock Date” bakal memulakan penggambaran pada Mac 2022 nanti.

Boleh tahan padan kan mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...