Ikuti Kami:

Kim Seonho & Shin Minah Sah Terajui Drama Komedi Romantik ‘The Seashore Village Cha Cha Cha’

Kim Seonho & Shin Minah Sah Terajui Drama Komedi Romantik ‘The Seashore Village Cha Cha Cha’

Pastinya ramai yang dah ternanti-nanti mengenai drama terbaru Kim Seon-ho kan? Berita baik buat anda kerana pelakon lelaki itu sudah pun disahkan bakal menerajui drama “The Seashore Village Cha Cha Cha” yang diadaptasi daripada filem “Mr. Hong”.

Kim Seon-ho bakal menghidupkan watak Hong Du-sik iaitu seseorang penganggur  namun merupakan sangat terkenal dek bakatnya dalam pelbagai kemahiran di perkampunagn tersebut. Meskipun berbakat dalam bidang perisian perkomputeran namun dia menghabiskan masa membantu orang kampung dengan tugasan harian mereka.

tvn the sea village cha cha cha

Malah Shin Min-ah turut disahkan bakal menjadi pasangan kepada Kim Seon-ho dalam drama komedi romantik ini. Dia akan membawa watak bernama Yoon Hye-jin, seorang doktor gigi hebat yang mempunyai kecantikan dan kepandaian. Pun begitu, wanita itu sebenarnya pernah melakukan satu kesilapan sehingga membuatkan dia berpindah ke perkampungan tepi pantai itu untuk membuka klinik kecil sendiri.

Dikhabarkan bahawa drama ini akan ditayangkan di tvN pada separuh kedua tahun ini.

Yes! Memang ‘masyuk’ betul gandingan Kim Seon-ho dan Shin Min-ah kan? Dah lah dua-dua terkenal kerana lesung pipit yang dalam. Comel!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...